Ahad, Mac 02, 2014

Waspada Strok Haba

Cuaca memang sangat panas sekarang ni, Semakin hari semakin panas. Macam mana agaknya 20 ke 30 tahun akan datang. Takut....
Teringat dulu masa sekolah menengah. Bila ada sukan,pukul 1 balik sekolah kemudian pukul 2 datang balik sebab ada acara lumba lari. Boleh tahan lagi masa tu walaupun cuaca panas. Tapi sekarang ni, keluar rumah sekejap pun dah kepanasan.
Marilah kita jaga kesihatan dengan banyakkan minum air dalam cuaca panas macam sekarang ni..

-----------------------------

Kuala Lumpur: Rakyat diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘heat stroke’ atau ‘strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah Celcius.


“Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh, walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

“Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya.

Beliau berkata, suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa maut.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menyatakan, keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Kurang minum air
Dr Noor Hisham berkata, pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas, di samping kurang minum air dan kekurangan air dalam badan antara punca strok haba.

Beliau menyarankan beberapa langkah segera diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

“Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

“Pesakit boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan dan menyejukkan badan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter satu hari. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...