Rabu, Mei 14, 2014

Hikmah disebalik kejadian

Awal tahun lepas..akak beli cerek baru. Sebab cerek yang lama dah 'uzur'. Akak beli cerek di Aeon Big. Akak suka sangat cerek tu sebab cantik. Akak pilih yang 4 liter. Mmg akak cari yang besar sikit. Kemudian selang beberapa hari akak kecewa sangat sebab cerek tu sebenarnya bileh isi 3 liter air je. Akak ingat salah packing sebab kat kotak 4 liter. Jadi akak pun ke Aeon Big semula untuk tukar. Msa tu mmg ngam2 7 hari. Bila tengok balik kat rak cerek2 tu..rupanya semua macam tu. Luar 4 liter..dalam 3 liter  yang 3 liter plak isi 2 liter. Dengan rasa kecewa terpaksa terima hakikat tersebut. Staff yang bertugas tu kata..salah supplier. Terpaksa bawak balik cerek tu..
Minggu lepas..akak mintak tolong suami masak air. Kemudian akak tidurkan anak2. Dia pun ikut sekali landing. Maka dengan itu..tertidurla semua Akak terjaga 4 jam kemudian..hati tergerak nak ke dapur. Omak kau...cerek atas dapur lagi dengan api sedang menyala...habis.......cerek akak yang cantik tu.. Alhamdulillah...tak berlaku kejadian yang tak diingini. Sungguh kami tak dengar cerek tu berbunyi...Esok pagi baru akak tengok dalam cerek tu apa terjadi..Habis! Hangus..hancusss.
Maka..terpaksala cari cerek lain.
Pegi Aeon Big lagi beli cerek lain yang lebih besar (4.7l)...cerek macam cerek yang hangus tu...dah tak ada. Satu kotak pun tak ada. Bagusla...ramai gaknya dah tertipu.

Jadi..akak fikir fikirkan hikmahnya...bila kita hilang sesuatu bermakna Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lain..yang lebih baik. Dengan kejadian itu..akak dapat (of kosla beli) cerek baru yang lebih besar dengan bunyi whistle yang lebih nyaring walaupun rekabentuk nya tak menarik. DAN...harga yang lebih murah..!..harap cerek ni dapat bertahan lama..akan ku jaga dan gilap kau sentiasa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...