Isnin, Jun 23, 2014

Remaja OKU seperti mayat hidup

Mata tak boleh lelap. Asik teringat...terkenang dan terfikir...mengapa si ibu tidak lakukan perkara yang sepatutnya sebagai ibu dan penjaga 

Dia kata dia susah..terpaksa tinggalkan anak  mencari rezeki agar si anak berdikari. Ok...alasan itu mungkin boleh diterima sedikit.

Apa yang akak dan masyarakat tak boleh terima adalah.....keadaan anak yang
-anak tidak terurus
-sangat kurus hingga tinggal kulit dan tulang
-baju yang reput...
-tidak memakai seluar
-bilik/rumah yang sangat kotor..ada najis dan sampah
apa lagi???sila tambah sendiri.

Susah macam mana pun...takkan tak boleh mandikan anak..pakaikan pakaian yang bersih.
Sediakan rumah/bilik yang bersih. Potong rambut anak..suapkan makanan..kalau dia tak selera makan..belikn makann yang dia suka...
Anak tu Kak...tak sedih ke tengok keadaan anak macam tu? Aduh....tak tau nak kata apa...kebersihan tu kan penting..

Memang kita tak tahu apa masalah si Ibu..mungkin dia tertekan, mungkin ada masalah dengan keluarga, hutang ke....tapi tu bukan alasan dia buat anak dia macm tu.

Apa2 pun..Alhamdulillah..nasib Firdaus sudah terbela. Dia pun sihat tak demam atau batuk. Cuma kurus sgt kurang nutrisi. Doktor kata dia boleh kembali sembuh tapi ambil masa yang lama...

Mari kita ambil iktibar atas apa yang berlaku. Kita tunggu saja hasil siasatan polis/pihak berkuasa yang terbabit. Kita pun tak boleh terlalu menghukum..kita tak tahu apa yang sebenarnya si ibu dah lalui. Tapi mcm akak story tadi....walau apa pun masalah...bukan alasan abaikan anak sampai mcm tu rupanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...