Isnin, September 29, 2014

Cekodok Cheeze

Saja nak share resepi tah apa2 ni.
Bila perut lapar..macam2 nak makan.

Resepi cekodok cheese
1. Tepung 2 cawan
2.Air Panas (agak2 je..x pernah sukat)
3.sedikit garam halus
4.keju cheddar beberapa keping
5. Minyak untuk memasak

Cara-cara
1.potong keju kecik-kecik
2.masukkan tepung dalam bekas
3.masukkan garam halus dan keju
4. Masukkan air panas ke dalam bekas berisi tepung tadi dan kacau
5. Kacau hingga adunan boleh disudu. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik
6. Panaskan minyak dalam kuali.
7. Sudukan tepung ke dalam kuali.
8. Goreng hingga cekodok berwarna keperang-perangan.

Sekian terima kasih.
:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...