Rabu, September 03, 2014

Memborong di Claytan Showroom Ayer Hitam

Minggu lepas...kami pergi ke Showroom Claytan Ayer Hitam. Dah lama teringin nak ke sini ..nak beli stoneware murah-murah. Harga stoneware kat sini memang jauh berbeza dengan harga kat pasaraya atau kedai. Walaupun barang 'reject'..tapi masih boleh pilih untuk cari yang tak berapa nampak kecacatannya.
Setelah puas membelek..akhirnya dapat apa yang akak cari. Pinggan,mangkuk tak sampai RM100. Ikutkan hati nak je rembat lagi.
Ada banyak warna,corak dan bentuk. Akak pilih Claytan warna light brown plain. Asalnya nak yang gelap sikit. Tapi dah habis..
Showroom ni..biasa-biasa je..tak ada la tertutup dan berekon. Tapi ada sangat banyak barang..
Ia terletak di Jalan Johor. Kalau dari tol ayer hitam...sampai trafik light belok kiri..kalau dari Batu Pahat..belok kanan..kalau dari Yong Peng..terus je..
Kalau you all dari tempat2 tadi..ia terletak di sebelah kanan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...