Rabu, Mac 04, 2015

Pasang Jaring Tingkap Elak Nyamuk Lalat Masuk Rumah

Dengan isu demam denggi disebabkan oleh bahaya nyamuk Aedes, maka langkah pencegahan adalah amat penting untuk dilakukan. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.
Salah satu caranya adalah dengan memasang jaring pada tingkap atau pintu rumah supaya nyamuk aedes tidak masuk ke dalam rumah ketika tingkap dibuka untuk tujuan pengudaraan udara segar dari luar. Jaring ini bukan setakat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah tetapi juga serangga-serangga lain seperti lalat, lipan, ular dan lain-lain.

Semalam baru selesai pasang jaring tingkap DIY. Memang berkesan untuk menghalang serangga terutamanya nyamuk dan lalat daripada masuk ke dalam rumah.
Kedudukan sinki saya yang hampir dengan tingkap memang mudah untuk menarik lalat terutamya sewaktu menyiang ikan. Nak tutup tingkap nanti panas pulak.
Jadi dengan pemasangan jaring dapat menyelesaikan masalah panas dan mengelakkan serangga masuk ke dalam rumah.
Waktu malam kadang-kadang agak panas, nak buka tingkap nanti nyamuk pulak masuk. Dah pasang jaring ni lega sikit sebab dapat buka tingkap jadi angin fresh masuk tanpa nyamuk turut masuk sekali.
Jaring ni dilengkapi dengan magnet jadi boleh buka pasang dengan mudah.
Ia dibuat daripada fiber yang tahan lama dan tidak karat dan berwarna kelabu tidak terlalu jelas kelihatan.


Gambar dekat
Pasang di luar rumah tingkap nako 4'x4'
Boleh selak2
Boleh cari jaring ni di kedai hardware. Tak semua hardware ada jual. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...