Rabu, April 08, 2015

Pelihara Ikan Hiasan

Assalamualaikum WBT.

Cantiknya makhluk ciptaan Allah

Dah berpuluh tahun meninggalkan hobi memelihara ikan hiasan dalam akuarium ni sewaktu zaman persekolahan dulu. Tiba-tiba tergerak nak start balik hobi ni. Bebekalkan bajet yang tak berapa sihat saya ke kedai jual ikan hiasan di Batu Pahat dekat dengan area Aeon Big.

Mula-mula tengok aquarium dulu mana yang berkenan. Ingat nak beli yang besar dalam 2 ke 3 kaki ukuran panjang tetapi harga boleh menangis la plak. 1 set akurium dengan kaki dan pump dah RM400 lebih. Tu belum masuk lagi dengan ikan2, ubat anti klorin, tumbuhan2 hiasan lagi huhuhu..
Tolak tepi yang tu, berbelanja ikut kemampuan, maka pilih akurium kecik je. Ukuran cuma 1 kaki lebih je. 1 set siap filter, pump dan lampu RM195.

Filter amat penting untuk kebersihan dan kesegaran air aquarium
Lepas tu beli anti klorin, garam, dan makanan untuk ikan. Makanan beli jenis yang tak mengeruhkan air akurium. Harga RM13 sebotol.

Garam Anti Bakteria dan Anti Klorin

Makanan bervitamin diformulasikan untuk ikan emas

Bagi menambahkan keserian, keceriaan dan supaya ikan-ikan boleh cilok2, pokok tiruan pun dibeli dengan harga RM8. Beli 1 je sebab akuarium kecik.

Kelengkapan semua dah complete, meh pilih ikan ape yang nak dipelihara.
Saya memilih ikan emas sebab suka tengok ekornya yang lemah gemalai dan bentuknya yang gemuk dan comel walaupun buncit. Dulu2 pun penah pelihara ikan ni dan penjagaannya tak terlalu sukar, leceh sikit je. Tapi kalau dah minat tu cakap la apepun.

Pilih punya pilih yang terpilih adalah 6 ekor yang bertuah mendapat tuan baru. Yang warna emas dan putih tu harganya RM4.50 seekor dan yang warna hitam tu RM6.50 seekor. Kata tauke tu yang hitam mahal sebab manyak cantik dia punya body dan diimport dari China, yang merah tu lokal punya. Hmm iyolaaa.

Gambar berikut adalah hasil dari pelaburan lebih kurang RM260.
Rasanya macam agak mahal jika dibandingkan waktu dulu2. Xpe, next target nak beli akuarium lagi besar plak baru seronok dan selesa ikan2 ni.


Hasil yang diperolehi

Seronok tengok ikan, lupa kat gedjet

Yang tu kenapa perut buncit?

Diharap ikan-ikan dapat meneruskan sisa-sisa kehidupannya dengan gembira dan sihat dalam rumah baru ni.
Maklumla ikan mas ni agak manja sikit penjagaannya. Oksigen kena cukup jadi pump nak on selalu. Kalau tak nanti semua naik ke permukaan air mintak oksigen. Air kena selalu tukar, agak2 kalau dah kotor dan berbau tu cepat2 tukar sebelum ajal menjemput.
Makanan cuma bagi 2 kali sehari, tak boleh banyak sangat supaya tak memudaratkan kesihatan.

Plan lepas ni nak isi ikan bandaraya supaya kerja-kerja pembersihan boleh di sub-contract kan aje

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...