Isnin, Mei 18, 2015

Bersalin Anak Ke 3 -Induce Lagi

Alhamdulillah. 7/5/2015 jam 1.38 pm...selamat melahirkan seorang putera setelah 7 hari overdue. Kena induce ya..sebab baby syok sangat duduk dalam perut.
Mulanya seperti diarahkan nurse kat KK..5/5 saya pergi hospital. Selepas melalui beberapa "prosedur."..maka doctor memberitahu bahawa..sepatutnya 6/5 baru kena pegi hospital. Nurse KK salah beri tarikh..kalau nak stay boleh tpi 7/5 baru masuk ubat (induce).
Oleh yang demikian, saya balik dan datang pada keesokan harinya. "Check in" wad. Of kos kelas ke 3..mak bukan keje gomen....satu hari x de wat apa..borak2..makan...tdo..baca yasin dan doa2 yang berkaitan. Sementara tu..siapkan mental dan fizikal untuk berjuang esok hari.
Keesokan harinya..dalam pkl 6.50 a.m..masuk ubat..pkl 7.30 dah start rasa sakit..sikit2.....hinggalah kemuncaknya dalam pkl 12 tghr. Septutnya doctor akan cek jalan pkl 12.40. Tpi x tahan sgt dah...Ada sorg Sister...dia kata kalau tak tahan sgt..beritahu dia. Jadi..saya datang ke kaunter dan beritahu dia..saya dah rasa sakit sangat. Di suruh masuk dalam bilik untuk check..tunggu punya tunggu punya tunggu..tak de doktor masuk..Sis tadi duk borak2 kat kaunter..rasa nak nyanyi..."sakitnya tuh di sini di dalam hatiku ". Nasib baik ada nurse yang baik hati ni..dia masuk dan tolong panggil doktor..dia pun perut besar dah....sian tengok x larat gayanya...Kemudian doktor cek dah 4cm. Boleh masuk labour room.Ok kena tunggu jap kat katil. Nasib baik time melawat. Husband ada..ada la tempat nak mengadu..sakit beb...

Dalam pukul 1.Nurse datang bawak wheelchair..dia kata..tunggu 15 minit...labour room penuh!!!..Memang sakit sangat2 dah time tu. Memang menangis...boleh plak doktor tegur knp nangis? Terharu??cit...siapa pernah induce..tau le..sakitnya lebihkan sakit nak beranak biasa. Pkl 1 suku lebih kurang...barula saya ditolak ke LR oleh nurse yg tengah pregnant tu. Masa tu nak bangun pun tak larat. Nak naik ke katil pun ambik masa tunggu contraction hilang sekejap. 

Dalam lebih kurang 15 minit lepas tu..Alhamdulillah..bersalin dengan selamat..tapi koyak sikit...
Dapat pegang baby sekejap...lepastu 3 jam baru dia serah baby. Lama kan? Sebelum tu terbaring sorang2 kat katil dalam LR tu...boringnyalah...panas pulak tu. Dengar kiri kanan ibu2 sedang bertarung nyawa nak lahirkan zuriat. Gayanya masing2 anak pertama..

Sebenarnya rasa agak kecewa sedikit sebab...suami tak diberitahu yang bininya ni dah bersalin. Walaupun 2 3 kali dia tanya kat kaunter. Nurse tu cuma suruh tunggu ...tunggu...
Dah kena tolak masuk wad baru dia tau...dia pun terkejut tiba2 dah kena tolak masuk wad dan bawa baby...Kemudian..barula baby di azankan. Wad masa tu memang padat...Lepastu pulak ada pelawat ni datang sekampung bawak kaum kerabat,,,fuhhh,,,,

Alhamdulillah...anak selamat...sihat..saya pun selamat. Aku difahamkan masa tu memang ramai ibu yang sedang bertarung nyawa nak melahirkan zuriat ke dunia ini..Maka doktor dan nurse masing2 pun sibuk, 


Budak bam bam shayang Mummy 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...