Ahad, Januari 31, 2016

Apa Kata Nor Raha bekas isteri Salih Yaccob

Haa...masih lagi hot cerita ni ye.
Itu hari SY kata mereka bercerai 'sebab reunion'.
Tapi ini pula kata bekas isterinya..
mana satu yang betul? Layan je la...


Bekas isteri kepada penyampai radio Sinar FM, Salih Yaccob, Nor Raha Hamad, 47, menafikan dakwaan yang mengaitkan punca perceraian mereka adalah disebabkan oleh orang ketiga atau majlis pertemuan semula (reunion).

Nor Raha, 47, yang merupakan isteri kedua kepada Salih itu mendakwa, rumah tangga yang dibinanya memang sudah lama goyah sejak tahun 2012 lagi.

Bagaimanapun hubungan mereka mampu bertahan seketika sebelum terlerai pada 1 September tahun lalu.

Sungguhpun begitu, perkhabaran perpisahan mereka hanya didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Salleh mengahwini Raha yang dikenalinya sewaktu membuat persembahan sebagai penari di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1993.

Sumber KOSMO

photo google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...