Selasa, Oktober 25, 2016

Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah


Allahuakbar, Kita doakan yang terbaik untuk semua warga HSA dan semua pesakit.
Takziah buat ahli keluarga mangsa yang tidak dapat diselamatkan.

Tak dapat bayangkan kalau kita berada ditempat mereka. YA Allah. Permudahkanlah urusan mereka menyelamat dan membantu pesakit ya Allah,,

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, mengalami kebakaran, pagi tadi. Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan wad di tingkat dua bahagian selatan ICU terbakar. Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap. Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/205720



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...