Rabu, Oktober 05, 2016

Nak Mudah Bersalin

Perasaan takut, nervous nak bersalin tu sentiasa ada walaupun anak dah 2,3.
Pegalaman bersalin setiap anak itu berbeza dan ini kita akan ingat sampai bila-bila.
Tanyala mak mak kita, mesti dia ingat, Macam mak saya, dia ingat lagi waktu sakit nak lahirkan saya, dia kata sakit dekat-dekat waktu maghrib dan sakit pun tak lama, dalam pukul 8.20 malam, saya pun lahir ke dunia ini dengan berat 3kg. Sihat. Alhamdulillah. Terima kasih mak, terima kasih ya Allah.
Senang je mak saya bersalin sekejap je sakitnya, Mungkin sebab masa tu keje menoreh getah dan lasak. Bersalin pun mudah.

Untuk kita yang dah bekerja seteruk mak-mak kita, mungkin kita boleh cuba senaman-senaman ni untuk memudahkan proses bersalin.

Rujukan Majalah Pa&Ma


1. Senaman lantai pelvik

Semasa mengandung, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Jadi anda akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.

2. Bertinggung

Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

3. Berenang

Antara senaman yang paling digalakkan kepada ibu hamil adalah berenang. Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

4. Berjalan kaki

Aktiviti berjalan boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.

5. Menaiki tangga

Senaman ini mungkin kurang diminati oleh ibu hamil tetapi faedahnya sangat baik untuk mereka. Bagaimanapun, senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

6. Kerja rumah

Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Bagaimanapun elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu dan janin dalam kandungan.

Apa-apapun jika ada kemusykilan eloklah rujuk pakar terlebih dahulu.
Jangan lasak-lasak sangat, Nanti mudharat untuk ibu dan anak pula.

 Banya lagi info2 menarik di http://www.majalahpama.my/




GAMBAR HIASAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...